BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 6, 2010

salam aidilfitri

Assalamualaikum buat umat Islam yang diberkati Allah. Alhamdulillah kerana setakat ini kita telah berjaya berjuang menahan nafsu daripada melakukan pelbagai angkara yang boleh mengurang atau membatalkan iman kita. Puasa di bulan Ramadan sememangnya amat mencabar tetapi dengan kesungguhan dan keimanan yang telah terpahat dan semakin kita tanam dalam diri kita dalah diharapkan keimanan ini semakin kukuh dan teguh. La al lakum tat ta ghum diharap memberi impak dalam diri kita sebagai umat Islam.
Justeru itu,sempena menyambut Aidilfitri ini marilah kita sama-salam kita hulurkan tangan dengan keikhlasan dlam menuju proses pembentukan ikatan ikhwah atau persaudaraan di kalangan umat Islam tanpa mengira ideologi politik. Apa yang penting di sini ialah sama-samalah kita saling nasihat menasihati demi mengatasi segala kepincangan yang sedia wujud. Renunglah sejarah lampau bagaimana keadaan agama dan bangsa kita semakin yang dulunya hebat tetapi kini semakin tergugat. InsyaAllah kekuatan agama dan bangsa kita akan menjamin kesejahteraan kepada keharmonian kehidupan kita. Semoga Al-quran dan hadis akan terus dijadikan panduan kehidupan alam sejagat. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. WASSALLAM.

0 comments: