BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

pemadam api

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.. pihak kami ada menjual alat pemadam api Dry powder bersaiz 9Kg (RM 160 shj), 2.0 kg CO2 (RM 200 shj), 1kg Dry powder (RM100) dll alat pemadam api yang lain. Pihak kami juga mengadakan servis peralatan pemadam api yang berikut. Sila hubungi no h/p 013 4430 876 atau 04 4900 297.

Harga tersebut dalam kawasan Kulim sahaja dan bagi luar kawasan caj penghantaran dikenakan.

Wednesday, August 25, 2010

Bersatulah Kita Umat Islam dan Bangsaku

Akhir-akhir ini kita telah diserang bertubi-tubi oleh kaum bukan Melayu mengenai hak keistimewaan, sistem perlembagaan, biasiswa, keistimewaan Islam dan lain-lain lagi demi untuk mencapai matlamat mereka menguasai sistem pemerintahan negara ini. Apa yang menyedihkan kita umat Melayu dan Islam membuat bantahan demi bantahan demi untuk memartabtkan bangsa dan agama kita. Tetapi apa yang seharus kita lakukan ialah kita harus mengorak langkah membasmi dan mengatasi serangan ini dengan menggunakan pemikiran yang bijak. Jangan sesekali kita mengabaikan ekonomi dan pendidikan di kalangan umat kita. Ini kerana ilmu dan ekonomi memainkan peranan penting dalam hasrat untuk meningkatkan sesuatu bangsa dan agama. Kepada umat Melayu yang bersongkongkol dengan kaum-kaum tersebut haruslah insaf dan sedar tentang masa depan negara ini terutama untuk anak cucu cicit kita. Jangan suatu hari nanti mereka akan kencing di atas kubur kita. Renungkaanlah buat sejenak wahai sahabat-sahabatku jangan menang bersorak kampung tergadai. Sempena bulan Ramadan ini saya memohon maaf sekiranya berlakunya sebarang kesilapan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri.

Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz - Tipu daya dunia -1/8

sudirman:salam terakhir

Warisan